Beberapa tahun selepas serangan sengit Rajendra Chola, raja Chola Mandalam, yang telah melemahkan Palembang dengan agak ketara, Sang Rama Vijaya mula berlembut dan berdamai dengan Air Langga, pendiri negeri Kahuripan. Sementelah pula, Air Langga pernah berbuat baik memberi perlindungan kepada puterinya, Dharma Prasada Thungga Dewi, semasa Palembang diserang oleh Chola Mandalam. Membuat Sang Rama Vijaya kini melihat Air Langga sebagai sahabat serta bakal sekutu yang harus dihormati dan dijaga hati, buat mengekang ancaman Chola Mandalam di hari muka.
Kasih dan sayang kadang kala berbunga tanpa terduga. Di antara Air Langga dan Dharma Prasada beransur-ansur jatuh cinta. Air Langga kesudahannya direstui oleh Sang Rama Vijaya untuk mengahwini Dharma Prasada sebagai permaisuri kedua, menjadikan Air Langga menantu sekaligus sekutu setia Sang Rama Vijaya. Sungguh aneh kitaran hidup manusia. Apabila saling memerlukan, bekas seteru pun boleh bertukar menjadi kawan. Perkahwinan Air Langga dengan Dharma Prasada menghasilkan seorang putera, di beri nama Samara Vijaya.
Apabila lanjut usia, Air Langga membahagi wilayah negeri Kahuripan menjadi dua bahagian untuk diwarisi oleh dua puteranya, kemudian meninggalkan istana lalu memasuki alam pertapaan. Mapanji Grasakan, putera dari permaisuri pertama Puteri Dyah Sri Lakshmi, diberikan wilayah Janggala. Manakala, Samara Vijaya, putera dari permaisuri kedua Puteri Dharma Prasada, mendapat wilayah Panjalu yang berpusat di kota Kediri.
Kerana Samara Vijaya juga layak dikira sebagai pewaris takhta Palembang Srivijaya, dia berusaha gigih untuk memenangi semula semua bekas wilayah naungan Palembang Srivijaya di Jawa, Sumatra mahupun di Semenanjung Emas. Usaha Samara Vijaya agak berjaya, kebetulan pula Raja Chola Mandalam yang baru, Raja Adhi Raja Chola, serta saudaranya Rajendra Chola II, hilang tumpuan kerana menghadapi beberapa ancaman serentak daripada negeri-negeri jiran di Benua Hindi dan di Pulau Singhala.
Selepas kemangkatan nendanya Sang Rama Vijaya, Samara Vijaya memperoleh Palembang serta semua wilayah naungannya, lalu meletakkan semua wilayah itu di bawah pertuanan Kediri. Kediri lalu menjadi semakin perkasa, dan akhirnya Samara Vijaya menyerang Kadaram (1059), yang menggabungkan Kedah Negara dan Gangga Negara, mengalahkan Raja Suran Padshah, yang telah mengahwini Puteri Chendana Wasih, puteri kepada putera Chola yang memimpin serangan ke atas Kadaram dan isterinya, Puteri Onang Kiu.
Raja Suran Padshah berundur ke negeri asal bapanya di Chola Mandalam. Apabila Vira Rajendra Chola, raja Chola Mandalam yang baru berjaya mengawal semula dengan baiknya keadaan di Chola Mandalam, dia menghantar rombongan bala tentera untuk merampas semula takhta Kadaram yang telah terlepas kepada Samara Vijaya.

No comments:
Post a Comment