
Berikut perbincangan dengan Ratu Chinta Kirana yang disertai oleh Shakranta dan Isabelle, keduanya kini dilantik menjadi Penasihat Khas, Ozalan membuat persedian untuk berkunjung ke Rantau Barat untuk kali kedunya. Bezanya, kini dia bakal pergi sebagai suami seorang ratu, sekaligus kepala bala tentera. Pesanan ibu yang muncul dalam mimpi agar dia berusaha bertemu dengan sanak saudara di kalangan puak Turkmen Oghuz amat ingin ditunaikannya.
Didengarinya daripada para saudagar dari Rantau Barat bahawa Toghril Bey, yang telah dianugerah gelaran Sultan oleh Khalifah kerajaan Abbasiyah beberapa tahun yang lalu, kini telah mengambil alih tampuk pemerintahan seluruh kerajaan Abbasiyah dengan sepenuhnya.

No comments:
Post a Comment